ACUTE, CHRONIC VS CRITICAL ILLNESS?

Mayu tahap sakit ni apa sebenarnya.

Now mother is mothering eh amboi. So listen let’s discuss. Amboi kali kedua.

Sebenarnya macam ni ceritanya. Dalam penyakit, istilah “akut (acute),” “kronik,” dan “kritikal” merujuk kepada tahap kondisi perubatan berdasarkan tempoh, keterukan, dan potensi impaknya terhadap kesihatan seseorang.

Kita boleh bahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

1. Penyakit Akut ( Acute Illness) :

Tempoh masa penyakit menyerang adalah jangka pendek, biasanya berlangsung beberapa hari hingga beberapa minggu. Biasanya berlaku secara tiba-tiba atau cepat. Tahap kesakitan bergantung pada individu antara dari ringan hingga teruk.

Contoh acute condition seperti influenza, apendisitis, tulang patah, atau serangan asma, so pesakit memerlukan perhatian perubatan segera dan boleh sembuh dengan rawatan yang sesuai.

2. Penyakit Kronik ( Chronic Illness) :

Kronik haaa ni macam Mayu kau dik. Penyakit yang dihidapi dalam jangka panjang, biasanya berlarutan selama beberapa bulan hingga tahun, sering kali seumur hidup. Konsep makan dalam iaitu perlahan atau beransur-ansur timbul satu persatu simptoms, maka tahap serius tu lebih tinggi risiko dan umumnya dikendalikan sepanjang masa daripada disembuhkan.

Lupus, SLE, Kanser,Diabetes, hipertensi, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan sewaktu dengannya adalah contoh penyakit kronik.

Untuk pulih sekelip mata memang sukar mengikut saintifik tapi jangan putus asa dalam ikhtiar ok. Kita akan dirawat, fokus pada pengurusan dan pengawalan simptom untuk memperbaiki kualiti hidup,termasuk ubat, perubahan gaya hidup, dan pemeriksaan perubatan berkala, maka jangan gatal tak pergi temujanji dengan pakar. Babap nanti. Satu lagi sakit kronik ni memerlukan modal besar dalam kewangan, kesabaran dan sewaktu dengannya.

3. Penyakit Kritikal ( Critical Illness CI) :

Penyakit kritikal boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan perubatan intensif. Kos kewangan sangat tinggi diperlukan. Sering melibatkan kegagalan atau disfungsi organ vital.

Trauma yang teruk, strok, serangan jantung, kejutan septik, dan kegagalan organ antara contoh sakit kritikal.

Biasanya memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) dengan pemantauan berterusan dan sokongan untuk fungsi vital. Ini boleh termasuk ventilasi mekanikal, dialisis, dan dose ubat yang kuat untuk menyokong tekanan darah dan fungsi tubuh kritikal lainnya. Kalau takda simpanan wang, emas, harta atau perlindungan takaful untuk Critical Illness ni memang mencabar sebenarnya bagi mendapatkan rawatan.

Maka secara jujur ni salah satu faktor kenapa Mayu kau ni kan dik gigih nak bantu korang, sanggup aku belajar lagi dah tua-tua ni, nak sampaikan betapa pentingnya sediakan payung sebelum hujan. Kita dah lalui perjalanan ni sangat panjang. At least dengan pengalaman sebenar yang aku lalui ni boleh bantu kita menghadapinya jika terjadi.

Bagi kita yang dah sakit tak dapat nak ubah sangat jalan cerita kita tapi kita boleh bantu sediakan peluang perlindungan lebih baik untuk anak-anak kita dan orang yang masih sihat yang kita sayangkan.

Ok gais jaga diri, jaga akal dan jaga hati.

Jika kebaikan kita buat tak dapat kita rasai kat dunia, yakinlah setiap kebaikan Tuhan tetap balas sepenuhnya di dunia sana. Mungkin tempiasnya anak cucu cicit kita dapat berkahnya kan.

Jom selawat. Happy malam Jumaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *