AKU NAK HIDUP 10 TAHUN LAGI BOLEH?

“Aku rasakan babe, aku nak hidup sepuluh tahun lagi lah babe, malam tadi aku rasa sangat nak usia berkat, akal sihat dan kaya raya aaminnn,” macam biasa entah kenapa sambil breakfast, rutin mingguan kami, aku beritahu impian baru ni kat geng mak mak bisnes dari rumah.

“Ni aku suka, mak bangga dengan kau,macam ni lah babe Mayu kami mau,hidup Mayu!” apa lagi member pun support ler.

Aku rasa first time member aku ni bersinar mata bila aku cakap nak renew usia lagi 10 tahun.

Makin menjadi ler kami punya strategi nak berkarya lepas ni.

Memang tak tahu mana sampai dulu, ajal ke jodoh. Semua tu rahsia Allah. Betul kata guru bila kita berkawan dengan orang-orang baik, satu vibes, sama visi, sama misi, insha Allah makin luas rezeki Allah buka jalannya.

Secara jujur since 2018 memang aku meniti hari. Selepas perjuangan 8 tahun ni, pelbagai ujian, cabaran, nikmat Tuhan pinjamkan,aku rasa aku berani nak doa diberkati usia.

Bukan untuk diri sendiri, tapi masih banyak lagi orang-orang tepat yang baik aku belum bantu lagi.

Tadi mak bapak angkat aku siap tapau kan sambal, sambil cakap mereka doakan aku berjaya kali ni.

Tadi guru aku pesan, Saidina Ali berniaga dengan modal kecil, dan untung setiap hari, separuh untuk sedekah, separuh untuk dirinya.

Tadi client aku cakap, dah lama follow tips aku share sejak zaman aku berkerusi roda sampai boleh brisk walk once a week ni, dan nak lagi tips mudah, murah dan Mayu punya pot pet untuk kenalan dia ikuti.

Tadi aku tengok sahabat aku sejak kecil update perjalanan umrah, buat aku teringat pesan terakhir sebelum kami berpisah waktu aku tak boleh bergerak atas katil hospital, aku nak tengok tempat dia travel supaya nanti one day aku boleh jalan kembali aku boleh travel sambil kerja kat luar negera macam dia nanti.

Babe, jika hari ni kau jatuh, kau nangis, kau sedih dan tiada seorang pun cakap its ok to cry, ingatlah aku Mayu korang ada kat sini.

Allah sayang kita babe.

Banjir ribut sekejap. Percayalah bah ni sekejap je. Tapi ini bukan soal banjir ya.

Jalan terus. Face it. Buat jer. Kita jangan buat urusan Allah. Tugas kita hamba ikhtiar dan doa ok. Once Tuhan nak bagi, cepat atau lambat, jam Tuhan adalah paling tepat untuk kita.

Jom rehat. Bangun awal. Me time dengan Tuhan, pasti kita nampak jalan.

Ok tata.

#mayusahat#sle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *