Aku paling pantang trauma betul dengan ayat Takaful.
Sungguh !
Tu lah orang tua cakap tak kenal maka tak cinta. Ahhh tak suka, maka tak suka lah. Amboi degil punya budak.
Ye lah kalau cakap pasal takaful je mesti tentang kelebihan dapat bila kita dah mati. Ahhh lagi lah aku tak suka. Asyik asyik mati.
Takda yang indah pun aku dengar pasal takaful ni. Lagi sakit hati bila dikatakan kawan-kawan kau kan doktor lagi senang jual takaful pada mereka. Ahhhh ingat senang ke nak yakin kan doktor yang setiap hari mengadap situasi kecemasan apatah lagi kematian kat hospital. Memang kami orang pertama reject pasal takaful ni.
Itu semua dulu.
Terpaksa sebenarnya terambil exam takaful ni waktu covid. Itu pun kakak aku yang bayarkan yuran RM80. Jawab exam pun main-main bukan sebab apa, sebab gila kau nanti kakak aku bising sponsor lepas tu fail. Time tu aku masih dalam fasa depression dengan sakit lagi dengan rindu kerja kat hospital lagi. Mana mahunya nak cakap pasal medical ni, robek hati tau. Umpama putus cinta bercerai hidup katanya. Wah melampau metafora kau Yu.
2 tahun aku tak ambil tahu pun pasal takaful ni.Cuma hati start terbuka belajar pasal saving, bisnes dan pasif income.
At last aku cakap tarik diri tak nak buat, lagipun aku lebih sayangkan hubungan kekeluargaan lebih dari bisnes bersama family. Bahaya bak kata guru bisnes aku. Beliau sendiri tak boleh buat bisnes adik-beradik, tapi beliau kaya sangat, beliau cakap sanggup set up kan bisnes lain untuk adik-beradik dan dia tak involve dalam pengurusan. Bukan apa beliau pesan takut nanti bila time decision making ada clash of interest. Ye lah kalau kakak aku marah ke aku yang garang masa kerja, mahu tak merajuk bawa diri 7 keturunan pi duduk oversea tak balik raya nanti. Hahaha.
Beliau pesan bisnes suami isteri bagus. Itu wajib untuk berkah rezeki. Itu guru aku pesanlah.
Long story short, selepas 3 tahun berlalu Allah izinkan aku bertemu dengan bos aku asbab sebenarnya nak terbitkan buku. Beliau penulis. Melalui beliau aku belajar bagaimana nak uruskan bisnes secara online belakang tabir, apa itu privasi dan apa itu educate orang lain tentang peluang dan ruang bangkit dari kejatuhan.
Setahun juga aku nak pujuk hati ni untuk cuba fahami apa itu takaful. Setiap kali nak menyerah, pasti ada big why datang menyedarkan aku kenapa Tuhan letak aku dalam bidang ni.
Bila kita sendiri pesakit dik, aku cuba tengok apa plan sesuai dengan kami. Rupanya takaful ni bukan sekadar mati baru dapat benefit. Takaful bukan sekadar medical card yang bila sakit kena tahan wad baru dapat pampasan. Rupanya takaful ada pelbagai cabang perlindungan dan pengurusan kewangan yang kita boleh dapat semasa kita masih sihat dan hidup. Aku sangat tersentuh bila melibatkan masa depan anak-anak. Walaupun aku takda anak kandung sendiri, itu bukan penghalang aku utamakan kebajikan anak-anak. Sebab apa? Sebab aku pernah rasa jadi anak yatim masa kecil kehulu kehilir nak cari dana belajar. Nak minta family segan wey mereka ada tanggungjawab lain. Meminta bukan cara aku, tapi kalau bagi aku ambillah. Gituh.
Bukan mudah dik.
So gais itulah ceritanya.
Its ok.
Slow and steady, cuba belajar dan kenal ilmu baru. Berkah tu lain rasanya dik. Yang penting niat kita kerana Allah. Dunia ni sekejap jer. Akhirat kekal selamanya.
Sakit, sihat, susah, senang, kaya, hidup, mati semua bukan dalam tangan kita, semua tu hak Tuhan dik. Kita sebagai manusia jalani sebaik mungkin. Ikhtiar kena ada kan baru Allah gembira tengok hambaNya usaha.
Now aku takut lagi ke dengan takaful? Takut takdalah, cinta belum lagi, tapi bunga-bunga memahami tu dah semakin menjadi.
Sebab diri sendiri dah terkena kan, aku nak bantu orang lain sediakan kewangan yang baik untuk masa depan mereka. Once sakit tak semua mampu setia dan bertahan dengan kita dik, setahun dua bolehlah, masuk 5 tahun mereka pun ada kehidupan sendiri. Kalau kita tak sediakan payung sendiri, maka siapa lagi.
Night gais.
Aku buat parttime takaful and financial advisor ni jer dulu dik. Aku fulltime tetap medical self care trainer. Itu jiwa aku. Jom lah jadi team aku, boleh kita ketawa bersama menangis bersama.
Eh tu lagu.
Itulah cerita hari ini oleh Mayu Sahat.