2023
“ Kak Nur, are you ok? Why you look so sad “ tegur si Far.
Aku cepat-cepat menarik nafas sedalam mungkin dan menahan air mata dari jatuh kepipi. Aku alihkan pandangan ke luar tingkap kapal terbang sambil menjawab,
“ Akak ok dik, don’t worry sister”
7 tahun berlalu, dalam perjalanan indah aku kali ni dipertemukan dengan pelbagai keluarga. Iya selama hampir 24 bulan lepas aku terleka apakah yang dimaksudkan sebagai keluarga sebenarnya? Apa maksud tersirat disebalik perkataan dianggap keluarga dari mereka yang bukan DNA kita ?
Stage pertama aku faham keluarga itu bukan sekadar DNA tapi hakikat keluarga adalah sahabat circle yang Tuhan hadiahkan kepada kita tanpa ada sebarang ikatan DNA pun. Mereka yang jaga aib kau, jaga privasi kau, jaga air muka kau, jaga rahsia kau, dan nak kau jadi lebih baik setiap hari, mungkin itu maksud keluarga untuk stage pertama ini.
Pelbagai kisah aku lalui setiap hari, akhirnya beberapa hari sebelum aku jalani rawatan khas , aku nekad!
Aku kena teruskan rawatan extreme kali ni. Tak boleh berlengah lagi!
Selama 24 bulan lepas aku lengahkan atas sebab tertentu, akhirnya aku teruskan jua walaupun berat sungguh hati ini mengambil keputusan aku ba.
Perjalanan fasa pertama bermula. Selama 20 hari pertama memang lain rutinnya dari kebiasaan yang aku jalani. Kali ni aku kena nekad dan jika ini jalan yang terbaik maka biar Allah lapangkan dadaku dengan segala ketentuan terbaik disisi Tuhan untukku.
Aku kurangkan degil aku kali ni.
“Sayang pada diri sendiri Dr Nur.
Roh kau penat Dr Nur.
Sakit nanti muncul lagi teruk macammana?
Siapa nak jaga kau Dr Nur.”
Sungguh!
Disaat aku memujuk hati dengan nama Dr Nur bukan kerana pangkat tetapi kerana tanggungjawab sebagai doktor dan nama Nur itu sendiri membawa maksud yang mendalam. Maka janganlah kalian boring pula sepanjang perjalanan dalam buku ini ya. Just relax and enjoy the moment. You will find the way.
InsyaAllah.
Ketika aku sedang asyik melayan pemandangan tepi tingkap kapal terbang, Allah gerakkan hati aku dengan pelbagai monolog soalan bermain difikiran.
Apa aku nak buat sekarang ni Ya Allah?
Macam mana masa depan aku Ya Allah?
Layak ke aku mati dalam keadaan sekarang ni?
Tiba-tiba soalan pertama yang aku dapat dari sahabat bilik si Far yang berbunyi ,
“ Mayu apa erti aku ba untuk Kak Nur ?
What is your happiness for yourself kak ?”
Buat pertama kali aku kelu.
Pandai motivasikan orang. Bahagiakan orang. Korbankan masa dan air mata untuk orang. Sakit-sakit tetap mencari rezeki. Tapi adakah aku gembira dengan diri sendiri? Atau aku hanya gembira lihat orang lain gembira? Kalau aku sendirian, adakah aku rasa gembira?
Entah.
Susah nak jawab.
Cuba nak jawab, bila tercakap pasal abang kandung aku dan kakak yang jaga aku, tiba-tiba aku air mata aku mengalir dan aku mute.
Kelu!
Nasib baik si Far bijak orangnya pandai mengawal suasana, “Take your time Kak Nur. Allah will give you the answer through this journey, insyaAllah.”
Aku manusia yang perlukan case study, real story, kejadian depan mata, sama-sama lalui. Adakah orang yang setia sanggup lalui perjalanan ni dengan aku?
Kadangkala aku sunyi.
Kadangkala aku happy.
Kadangkala aku masih mencari apa kata hati.
Aku menoleh kearah tingkap kapal terbang. Sayap kapal terbang mengingatkan aku kepada abang kandungku. Dulu selepas arwah ayah dan arwah mak meninggal dunia, dengan beliau lah aku banyak bersembang tentang kehidupan. Abang bekerja dengan Malaysia Airlines, selalu travel sana-sini.
Mungkin salah satu kebahagian aku kali ini adalah berkarya sambil travel seluruh dunia?
Moga satu hari nanti mereka bangga dengan aku, walaupun kini aku bukan seorang doktor klinikal, aku kini doktor motivasi menjadi suara hati kita si pejuang pesakit kronik SLE, Lupus, Kanser dan mereka yang sihat sedang mencari erti ketenangan hati.
Moga Allah izinkan. Itulah cerita hari ini oleh Mayu Sahat.