Mak mak, nak tau kenapa anak anak lelaki kita ke anak lelaki mak mentua kita ke selalu dah petang macam malas nak layan kita mak mak ni berborak.
Jangan merajuk lama-lama tau mak mak nanti rugi. Mai sini mayu cerita sikit, mereka bukan malas nak layan, ini semua sebab otak lelaki dengan otak perempuan lain rupanya-rupanya secara anatomi.
Otak lelaki garis tengahnya adalah nipis sebab tu mereka cepat fokus pada satu je perkara dalam satu masa. Garis tengah otak ni namanya “corpus callosum a thick bundle of nerve fibers” dalam otak. Ni hadiah daripada Tuhan kepada lelaki supaya mereka boleh jadi pemimpin dan menyediakan sumber rezeki pada keluarga kan kan.
Bayangkan kalau lelaki pot pet macam kita mak mak ni terutama masa memburu pulak tu kat hutan, mau semua kijang ke rusa lari.
Kan. Kan.
And satu lagi tips simple , bila kita panggil anak-anak lelaki kita ke anak lelaki mak mentua kita (aka suami) kena panggil minimum 3 kali sebab dalam kajian selepas panggilan ke 5 baru mereka pusing kepala tanya “kenapa mama” . Alahai kalau tak cukup iman mau aku debik tengah belakang mau bergegar lemak lemak mereka. Sabar mayu sabar. Ok sambung cerita, ni semua sebab faktor otak tengah mereka nipis, so ambil masa sikit untuk interaksi.
Kajian saintifik dilakukan memek muka lelaki cepat berubah berbanding wanita sebab tu kita selalu cakap muka mereka takda perasaan ke sedih ke suka , dan ambil masa 5 hingga 10 minit untuk mereka berbicara.
Walaupun kita kat sebelah pun, secara saintifik lelaki tak perasan bila mereka tengah fokus buat pada satu kerja. So mak mak jangan merajuk lama-lama sangat tau, kena syukur bila mereka macam tu, kita kena sebut “Alhamdulillah ya Allah lelaki sungguh mereka ni,stabil hormon lelaki mereka rupanya alhamdulillah”.
Eh pot pet panjang lak mayu kau sis.
Rindu kan.
Alamak jap jap cirit birit datang lagi ni, talk later ok.
Seperti itulah ceritanya oleh Mayu Sahat.