CARA RAWAT ACUTE STRESS?

Memandangkan semalam tapau hospital sampai dua lepas tu ada urusan bank bagai, maka tergendala semua aktiviti 8 malam tadi sampai 10 pagi ni dik, Mak is pancit penat. Ada rezeki orang nak jumpa hari ni kat Shah Alam dan BSP pun kita postponed esok hendaknya insyaAllah.

Kenapa sanggup tapau hospital sampai 2 dalam sehari dik? Sebab nak selesai cepat, nak baik cepat, sebab takda medical card dik nak cover under one roof, hurmmmm itu nanti sembang kemudian.

Ok sebenarnya semalam pakar cakap Mayu kena adjust lagi waktu aktiviti harian. Pakar tak nak lagi tengok SLE flaire up nanti kena check in hospital panjang lagi cerita.

So pakar bantu cadangkan jika bekerja luar kena selang seli kan masa sebagai contoh satu hari 8pagi-8malam jumpa orang outdoor, esok hari 8pagi-8malam aktiviti indoor lebih pada membaca,menulis siapkan report.

Sebenarnya sakit kronik brain SLE ke kanser ke atau penyakit kronik lain, ubatnya adalah cara pengurusan stress. Stress ni bukan sekadar nampak letih atau sedih, stress boleh terjadi juga pada surirumah dan anak-anak kecil tau walaupun nampak mereka gelak atau siapkan kerja semua on time, rupanya diri dah terjadi “robot”.

Lagipun stress boleh meningkatkan cortisol dalam darah, maka pelbagai penyakit akan terjadi serta menurunkan kadar ketahanan antibodi diri.

Stress tak boleh elak dalam realiti dunia sekarang, cuma stress ni kita boleh urus dan kawal.

Salah satunya adalah cara sedar diri. Maksudnya kita kena selalu cakap dengan diri sendiri dan mengaku pada diri sendiri apa kita rasa. Introvert pandai buat kerja ni. Contoh aku sedih ya Allah, tolong aku ya Allah. Haaaa itu gayanya dik.

Kedua, pagi kena minum air kosong ke air infusion ke dan secawan air manis untuk rewards diri sendiri. Manis waktu pagi sekali jer jangan pula sampai ke malam makan kek satu talam. Limit kan dan jaga pemakanan ikut kemampuan ok.

Ketiga, cari circle yang postif dan membina. Ikut tahap kesabaran diri sendiri. Jangan paksa diri jadi candy ok.

Keempat sebenarnya paling penting, ingat Tuhan, amalkan teknik pernafasan dalam untuk menenangkan minda dan badan. Contohnya, tarik nafas dalam selama 5 saat, tahan selama 5 saat, dan hembus selama 5 saat. Lagi best kalau bikin dalam solat, mantap babe.

Ok sekian.

Mak nak fefeling menikmati air bunga telang letak kurma mana tau awet muda hujung minggu ni. Kopi tetap ada sambil makan kuih raya semalam mama doc bagi, jangan lupa minum air kosong 8 gelas sehari ok. Seperti itulah kehidupan ini yang terindah melalui usia eh eh itu lirik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *