Childfree dan SLE ?

Childfree kecoh diperkatakan.

Tak semua orang mampu melahirkan anak kandung sendiri mungkin diatas sebab penyakit dan sebagainya.

Hari tu aku sempat terserempak dengan seorang wanita yang cantik baik di kedai dobi. Entah kenapa seronok pula kami berborak asbab mesin dobi tak boleh nak menerima duit syiling. Dari resepi biskut sampai ke isu sekolah anak-anak.

Mayu kau ni kan kalau petik soal anak-anak bukan main semangat lagi cerita dan kongsi info sekolah private yang ada aliran agama serta bahasa Inggeris ni. Puan Y pun melayan sampailah mesin baju pun settle basuh baju kami.

Tiba-tiba Puan Y tanya kat aku ada anak berapa? Sekolah dah ke? Banyak idea sekolah sampai ke sambung belajar peringat ijazah kat Capetown South Africa pun aku rekemen.

Kali ni, ye selepas 7 tahun, aku mampu tersenyum sambil menjawab, “Panjang cerita sebenarnya, cuma doktor kata saya tak boleh beranak sebab komplikasi sakit”.

Aku nampak riak wajah Puan Y sedikit berubah. Aku terus ceriakan suasana sambil usap perut Puan Y dan doakan agar dititipkan zuriat soleh solehah untuk beliau.

Pasal kesihatan, pelajaran, pengurusan kewangan memang minat Mayu kau ni dik. Boleh lah buat buat sibukkan diri sementara usia berbaki. Moga terselit saham akhirat hakiki.

Teringat masa hari pertama 2018 pakar break the news waktu tu aku terbaring atas katil hospital sebelum kemoterapi, waktu tu aku masih bertugas di hospital yang sama aku jalani rawatan, memang aku menangis sampai tak berbunyi waktu para doktor buat ward round mereka keliling katil aku. Tak jadi doktor bedah ok lagi time tu, cuma tak boleh jadi mak eh itu tak ok babe time tu. Hurmmmm. Itu semua waktu tu lah. Time tu bak kata orang Cyberjaya hari-hari hari raya.

Allah Maha Baik.

Sungguh!

Allah Maha Pengasih,sepanjang perjalanan 7 tahun ni pelbagai cerita dan pengalaman mengajar aku apa erti menjadi seorang mak kepada anak-anak yang memerlukan.

Dikala aku menuliskan diari ini mengalir air mata membasahi pipi gebu pau ku ini. Dah lah malam esok nak kerja bertambah syahdu dibuatnya. Wahai angin sampaikan rinduku pada mereka yang menyayangi aku sebagai seorang mak(mak cik segera) tanpa syarat apa pun.

Mereka pernah bahagiakan aku, Ya Allah moga kau jaga mereka dunia akhirat.

Terima kasih ye nak ye.

Pendek kata janganlah kita menghukum seseorang tanpa kita tahu apa yang mereka lalui.

Mungkin takda anak kat sini, yang pasti kat dunia sana pasti ada yang menanti.

Ok lah. Nanti sembang. Pipi pau ni semua salah donat aku makan siang tadi.

Eh eh eh.

Kelakar juga Mayu Sahat kau ni ek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *