Sebab aku tak pernah dapatlah aku kena buat.
Ye aku pendendam.
Ehhh seram tak?
Sebenarnya aku memang suka nak buat anak-anak kecil ni rasa home bila Mayu dorang depan mata. Aku kehilangan arwah mak masa aku kecil. Aku anak ketujuh petala langit ek bukan sebenarnya dragon ball ada 7 biji eh bukan bukan, aku last bongsu perempuan ada sorang adik lelaki dari 8 adik beradik. Pendekkan cerita, bila kau tak pernah ada adik perempuan kandung, maka cara aku bermain zaman kanak-kanak adalah versi komando.
Apa versi komando? Maksudnya permainan kami lebih pada skill sebenar nak hidup.
Sebagai contoh pancing ikan tepi parit sampai aku dan adik pun terjun sekali dalam parit sebab mata kail tersangkut. Menjerit arwah bapak aku, dah lah aku tak reti berenang.
Sebagai contoh lagi, aku suka buat camping camping macam ni. Tak kira lah luar rumah ke dalam rumah. Habis semua cadar mak aku keluarkan buat khemah. Lagi menjadi perangai bila anak anak sedara aku balik kampung. Bukan main lagi kami konon-konon berselimut, berbantal depan TV sampai ke subuh.
Mereka pun dah besar dah sekarang. Dah beranak pinak dah adik beradik aku. Aku pun dah ada cucu. Yang dah besar panjang tu semua eksyen tak nak join tidur lambak depan tv dah. Tapi aku tetap sama. Sekarang menurun kat anak anak dorang pula camping camping macam gini terutama time cuti sekolah.
Kadangkala tengok cerita hantu lah, mereka tahu Mayu dorang ni penakut hantu, tapi sengaja suka. Aku layankan aja. Basically budak-budak antara usia bawah 18 ni masih lagi manja dengan Mayu dia ni. Dah masuk universiti hurmmmm, so far bila dengan aku mereka tetap perangai manja. Itu rezeki Allah bagi pinjam. So takdalah Mayu dia sunyi sangat takda anak sendiri.
Syukur ada anak pasang siap hahahaah. Sampaikan mak bapa mereka selalu bebel kat aku, manjakan sangat anak dorang. Wait seminit babe, biarlah mereka mana ada nenek belah kita, biarlah aku manjakan depa macam mak nenek eh.
Marah marah juga, tapi time nak tidur ke time mereka sakit demam ke, aku mesti rasa tak sedap hati kat sini walaupun jauh. Baik kan Allah pada aku. Hadirkan rasa ni walaupun bukan zuriat sendiri.
Bukan aku tak nak beranak, Pakar tak bagi sebab risiko penyakit aku berbahaya untuk anak dalam kandungan dan diri sendiri. Aku kalau boleh nak elakkan anak aku lalui apa aku lalui. So biarlah aku pinjam anak orang hiburkan hati. Time mereka noti noti bumbum aku pulangkan balik kat mak pak dorang. Padan muka hahaha. Cakap jer.
So tak kiranya anak sendiri ke anak sedara ke anak kawan ke anak orang lain, mereka sayang Mayu, 10000000000 kali aku sayang depa fillah. Allah kan suka, Rasulullah pun happy, aku nak tu jer nanti.
Ok tata.
Mayu Sahat ak tidur peluk bantal sat.