DEQA HEAL DAN DEQA HOPE NI SIAPA?

Deqa Heal dan Deqa Hope ni apa sebenarnya?

Sebenarnya saya rindu arwah mak saya.

Berderai air mata aku tengok adik Atar yang kehilangan mak,ayah dan adik sekelip mata. Kuatkan hati ye nak ye. Moga kita yang berniaga dilimpahkan rezeki bukan sekadar untuk keluarga kita tapi untuk anak anak yatim yang tepat dik. Al- Fatihah.

Ok sambung cerita bagi mengelakkan banjir kat Cyberjaya malam-malam ni.

Macam ni ceritanya, Mayu kau dulu masa kecil dibesarkan dalam suasana orang sakit. Terutama arwah mak memang fighter, walaupun doktor kata mak sakit, mak tetap cantik, mak tetap berniaga, mak tetap memasak, mak tetap dating dengan arwah ayah, pendek kata arwah mak tetap sama orangnya. Cuma mak kena pakai minyak cap kapak waktu dia tak larat.

Bila mak dah meninggal dunia masa Mayu kau ni masih kecil, maka selain aku suka bau bunga ros, bunga melur, tengok bunga orkid, bila aku sakit aku memang cari minyak cap kapak. Bukan apa, rasa nak ubatkan rindu kat hati ni.

Waktu aku jalani kemoterapi, kulit semakin sensatif, minyak cap kapak tak boleh pakai lagi. Maka aku terjebak dengan EO dikenali sebagai essential oil. Memandangkan kewangan tak stabil ketika itu, Allah permudahkan urusan aku melalui sahabat baik ku, maka aku pun hasilkan ramuan khas EO mampu milik dan masih berkuali terutama untuk orang sakit kronik macam kita.

2021 bermula dengan pakai sendiri, kemudian mak angkat aku kata nak tolong jualkan pada orang lain sebab mak angkat aku tahu anak dia ni tak cukup makan. Maka dari mak angkat, aku yakinkan diri berniaga kongsi rezeki Deqa 28° resepi pertama. Kakak dan kawan-kawan support walaupun mereka beli untuk keluarga mereka sebab mereka tahu aku bukan spesis meminta duit walaupun terdesak, aku suka memberi melalui tenaga atau asbab berniaga untuk dapatkan income.

2022 dan 2023 hampir tak nak teruskan pengeluaran Deqa 28° ni sebab kos tinggi. ROI tak berbaloi sampaikan aku kena bekerja sebagai pembantu rumah, admin, pengasuh, takaful dan apa saja yang halal untuk teruskan hidup.

Penghujung 2023 dan 2024 ni alhamdulillah, selepas aku jalani rawatan dan cuti sakit yang panjang hampir 2 bulan, aku beranikan diri keluarkan formulasi baru lebih best dan namanya Deqa Heal dan Deqa Hope essential oil.

Kenapa bersungguh kami keluarkan Deqa Heal dan Deqa Hope ni? Sebab masa kita semakin suntuk, masih ramai lagi orang tak kenal Mayu kau ni. Sebab aku mungkin tak dapat jumpa korang face-to-face, maka dengan Deqa Heal dan Deqa Hope ni dapat temankan korang, tenangkan korang, legakan korang ok.

Korang doakan Mayu ok.

Moga Allah kurniakan syifa asbab melalui Deqa Heal dan Deqa Hope ni pada penggunanya.

Sunnah “ Tiga perkara yang tidak boleh ditolak. Bantal alas, minyak wangi dan juga susu.”

Selamat malam gais.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *