“Yu aku on the way ada tapau makanan ni, aku makan dengan laki aku tadi, 10 minit sampai”, gituh aje dia inform.
Ni mesti balik oncall ni, maklum ler mak-mak katanya.
“Eh aku kan pemalu, moeww,” macam biasa tu lah ayat aku.
“Ahhh, anak-anak balik dengan laki aku, ni me time sat dengan kau Yu, dah jap lagi aku sampai tau”, katanya.
Itulah babe, mana ada sahabat tak pernah bertekak, dulu zaman remaja siap hempas pintu bagai, mulut jer senyap, tu tanda terluka sangat dah tu masing-masing. Tuhan sayang kami, bila kita silaturahim tanpa syarat apa pun, alhamdulillah sampai rambut memutih tetap ada. Jarang bersua tu biasalah, apa yang penting kualiti time bila bertemu.
“Yu bidang apa pun Tuhan pilih untuk kita, just hadap Yu. Kadangkala apa kita nak rupanya tak elok pun untuk kita, ada lebih baik Tuhan sediakan rupanya, its not about the right one, it just on the right time and we ourselves must improve to be the right one” gituh pesannya.
Korang ingat Mayu kau ni terapist semua ni naturally ke. Alhamdulillah Tuhan hadiahkan di setiap persinggahan hidup pasti ada orang orang baik jadikan pengajaran. Cuma kita suka sampaikan dengan cara bercakap berintonasi sebab bahasa kasih kita suara dik.
Kita pernah rasa rindu sangat nak dengar suara, tapi kalau gambar mak ayah aku bercakap kang aku pulak yang cabut lari. Bukan takut tapi terkejut eh eh eh awak ni hahaha.
Seperti itulah.
Hari ni cuti jom tidur eh.