JANGAN KAHWIN DENGAN KAMI DOKTOR, RUGI AWAK NANTI

Apa perangai yang aku terjadi sampai terbawa-bawa ke hari ni?

Ok sebenarnya ada soalan cepumas yang mencemaskan aku terima bila peserta program tanya apa Mayu punya tabiat semasa jadi doktor dulu yang masih lagi dibawa dalam kehidupan selepas sakit ni. Aku tarik nafas dalam sedalam samudera sekejap.

Diam dan terfikir apa ye?

Bagi memudahkan proses kalian boleh guna pakai dikemudian hari maka mai sini Mayu kau bagi tips :

1) Mata, hidung dan telinga lebih alert bila berhadapan dengan orang. Nampak macam aku banyak cakap, tapi bila bekerja aku bisu. Fun fact sebenarnya sejak hari pertama kami masuk medical school, para pakar yang menjadi guru kami dah paksa kami jadi bisu. Hanya aktifkan penglihatan, pendengaran dan hidu bau sekeliling. Melalui persekitaran tu kena fikir apa sebab pesakit jadi sakit.

2) Jadi bisu dan span. Haaa ni lebih juga latihan sewaktu duduk asrama. Jiwa memberontak kepala batu memang susah sikit nak adapt tapi bisu dan span bagus sebenarnya, jawab bila ditanya, over-confident pun tak bagus sangat dik. Dan mengaku jer tak tahu bila bukti tak cukup kuat nak lontarkan fakta. Span tu apa? Konsep span adalah hormati idea dan pengalaman orang lain, yang baik kita ambil, yang tak baik tu kita simpan untuk peta supaya jangan ler buat, awak ni pun.

3) Setiap detik sangat penting. 1 saat pun kena kira. Silap 1 saat boleh membahayakan nyawa apatah lagi masa depan pesakit, keluarga dan kerjaya.

4) Ramai orang tak suka kau. Ada jer tak kena. So jika ada yang suka dan hormati serta boleh kerjasama memang buddy lah seumur hidup. You take care of me, I take care of you. Perghhh mafia vibes.

5) Trust your patient. Apa pun penjaga ke orang sekeliling mereka cakap, kami tetap trust our patient’s words from their mouth, action and eye contact. And everything is confidential and private dik.

6) Bila sorang diri muka memang garang takda perasaan sebab otak banyak fikir apa boleh buat nak selesaikan masalah, tapi bila orang mulakan langkah pertama say hai maka senyuman kami semanis kurma dik, silap hari bulan boleh jadi stewardess dik pandai hiburkan hati. Kasi chan lah akak kau ni fefeling, pramugari tak jadi ni.

7) Paling win boleh tidur dimana-mana saja samada tengah duduk atau berdiri.

Sekian tu jer kot yang Mayu sempat jawab. Terima kasih pada peserta yang bertanya.

Haa apa lagi korang yang kerja hospital tu sambung lagi apa yang perangai masih terbawa-bawa tu. Mana tahu boleh membantu orang lain untuk masa depan mereka.

Jawab dik jawab di ruang komen.

Itulah cerita hari ini oleh Mayu Sahat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *