Kau ingat akak kau macho?
Adakala terpaksa macho, adakala hancur gak hati ini.
Perempuan tetap perempuan dik, kami memerlukan sokongan jitu, padu untuk lebih maju. Paling aku tak boleh brain bila perempuan buli perempuan, eh tak sesuai sangat perangai tu. Eh emosi pula.
Secara jujur hospital ni rumah ketiga aku, boleh jadi tempat aku dapatkan rawatan, boleh jadi tempat memberikan rawatan, boleh jadi tempat aku bantu clients dapatkan laporan, pendek kata selepas rumah dan office, hospital adalah tempat korang akan selalu nampak muka akak kau ni dik.
Ada hari aku redah jer.
Ada hari rindu datang menyinggah.
Ada hari syahdu dengan keputusan.
Ada hari takut bukan main.
So selain rutin wajib sebagai muslim, Mayu kau pasti buat konsert kejap dalam kereta untuk ambil energy positif. Pada siapa yang nampak kat parking tu, kau buat-buat tak perasan ek.
So adakala aku mengantuk sangat, terpaksa buka tingkap tidur dalam kereta sekejap.
Sekian