LANGIT CAPETOWN CANTIK NUR

Jauhkan diri dari perkara yang menguji keimanan kita dik.

Satu aku pelajari, tak sabar bukan bermakna kita serang dengan kata-kata menghiris kalbu, cukup sekadar angkat kaki bawa diri, kita doakan moga Allah sejukkan cepat hati yang terguris ditusuk sembilu bak kata Awie.

Aku teringat kata sahabat aku time remaja dulu.

“NUR TAHU TAK CANTIKNYA LANGIT CAPETOWN NI”.

Sweet jer panggil aku Nur dengan harapan moga aku lembut seperti cahaya di subuh hari katanya.

Waktu maghrib malam Jumaat sambil menanti tibanya waktu Isyak, leka aku melayan tazkirah secara FB Live dari anak-anak tahfiz di sebuah Madrasah terbaik di mata hati aku kerana Maulana mereka pernah menjadi sebahagian dalam perjalanan aku menuju dunia remaja.

Kenapa aku rasa suka dengar perkongsian mereka ? Cara cerita disampaikan secara santai dalam bahasa Inggeris, Madrasah ini ditubuhkan oleh guru-guru yang berilmu kelulusan luar negara terutama Capetown,South Afrika yang sangat terkenal dalam dunia pengajian hadith sunnah dan tahfiz samada untuk anak-anak lelaki mahupun anak-anak perempuan. Moga berkah mereka dunia dan akhirat.

Lupa nak cakap, Maulana mereka orang Malaysia babe budak Johor kot.

“ LET ME DIE FROM THE LOVE OF ALLAH, MAY I SEE ALLAH WHEN I WAKE UP FROM DEAD”.

Salah satu ayat yang guru sampaikan malam ini.

Yes Allah pujuk hati ini. Orang datang dan pergi. Lepaskan mereka dari hati. Allah cemburu kita agungkan manusia lebih dari Tuhan. So its ok to move on katanya.

Aku terdiam. Kelu.

Aku terhenti seketika meneruskan bait-bait kata di dalam coretan kali ini.

Mata hanya melihat langit dari sudut jendela yang aku letakkan meja kerja Ikea ditemani lampu belajar samar-samar kelihatan indahnya luasnya langit.

RINDU ku pada Tuhan semakin mendalam.

Namun adakah rindu ku ini diterima?

Selawat jom. Alkahfi dah babe?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *