Rumah kita syurga dunia kita bersama. Fefeling pula malam minggu ni kasi chan lah.
Malam minggu teringat pula MLTR punya lagu. Baru nak lelap ada pula kawan sekolah rendah kita pm tepi tanya bila kita nak berumahtangga, alang alang tu, kita cerita sekali plan nak beli rumah sebelum rumah tangga dibina.
Tiber.
Bijak hakak kau sekarang dik jawab pantun.
Sebelum tu mari sini kita hadamkan kalimah ini:
MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA: Mortgage Level Term Assurance
MLTT: Mortgage Level Term Takaful
MLTR tu Micheal Learn To Rock Band yang tak berapa nak rock zaman hakak muda remaja dik,itu takda kaitan ok.
Keempat-empat perlindungan ni adalah produk perlindungan pinjaman perumahan, yang memberikan jaminan kewangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya serius akibat sakit kritikal atau kemalangan ye dik kepada peminjam.
Plan perlindungan pinjaman perumahan yang patuh syariah, semestinya dalam bentuk takaful, iaitu MRTT dan MLTT. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi kewajipan kita untuk memilih bentuk perlindungan jenis ini ye sayang.
Dengan MLTT, sekiranya berlaku apa-apa kematian atau kehilangan upaya yang kekal, syarikat takaful akan membayar keseluruhan pampasan kepada penama yang dinamakan oleh pemegang polisi.
Penama bertanggungjawab bagi menyelesaikan hutang pinjaman si mati kepada pihak bank. Baki tunai yang diperolehi selepas menyelesaikan kesemua pinjaman perumahan, adalah milik penama dan boleh digunakan sebagai gantian pendapatan sekiranya kita hilang upaya atau meninggal dunia.
Pemegang polisi boleh mencalonkan mana-mana ahli keluarga untuk menerima pembayaran sekiranya sesuatu berlaku kepada kita ni nanti wak.
Jumlah MLTT yang diinsuranskan akan kekal atau tidak berubah sepanjang tempoh polisi. Tu yang best lega hati bila ada jaminan macam ni kan wak.
Kebanyakan MLTT menyediakan pilihan untuk meliputi “rider” perubatan untuk penyakit kritikal juga, untuk perlindungan yang lebih komprehensif.
MLTT lebih fleksibel peraturannya. Kita boleh berkongsi perlindungan ini jika kita membeli hartanah secara bersama dengan orang lain, dan MLTT akan cover mengikut nilai sumbangan kita dalam hartanah tersebut.Polisinya juga amat mudah untuk dipindahkan ke harta benda yang lain. Polisi ini tidak terbatal sekiranya anda berniat membuat ‘refinancing’ bagi rumah kita nanti.
MLTT sangat disyorkan jika kita seorang sahaja yang bekerja dan menyara keluarga. Pasangan halal tidak mempunyai pendapatan tetap dan anak-anak masih memerlukan perbelanjaan bulanan.
MLTT menawarkan lebih banyak kemudahan dan boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan atau tahunan. Jadual pembayaran polisi ini bergantung kepada syarikat dan pelan insurans yang diambil tau wak.
Nak tanya lebih jom lah pm kita, insyaAllah kita plan sama sama ye untuk masa depan bersama.
Eh tiber.
Mana tahu boleh berjiran lepas ni.
Seperti itulah.