Bukan siapa tapi bagaimana.
Entah kenapa bila bff aku cakap Malaysia menang besar malam ni, aku sayu dan gembira. Lepas selesaikan urusan kerja dan makan kejap dengan family kakak aku kat bawah office tadi, mesej berita ni masuk. Maklum ler tak tengok tv.
Bukan siapa tapi bagaimana perjalanan beliau berjaya malam ni buat aku adalah pengajaran besar untuk kita yang berfikir.
Secara jujur aku tidak mengenali mereka, aku hanya seorang wanita penuh dosa yang masih lagi nak belajar apa erti Islam sebenarnya. Ustazah Hani itu panggilan aku pada bff yang sorang ni, dia memang minat Al Quran. Semalam bila berada dalam dewan aku rasa sangat kerdil umpama langit dan bumi bila melihat betapa ramainya orang baik-baik pelbagai usia meraikan Al Quran.
Dah masuk 2 tahun Dak Hani ni ingat kat aku pasal tilawah antarabangsa ni. Semalam dia cerita betapa sabarnya Qari kita ni dalam perjalanan yang bertahun nak dapatkan tempat mewakili Malaysia.
Ustaz ni gigih selalu dapat tempat ketiga beza markah dulu pun tiga empat jer poin. Murid beliau semua puji semangat tak kenal putus asa dan sifat mengajar yang professional abah-abah style katanya, buatkan semua murid nak belajar jadi baik lagi.
Beliau tak kenal erti putus asa, sesuai sangat dengan darjat Tuhan angkat kepadanya kini.
Pendekkan cerita aku cakap kat Ustazah Hani, nanti aku kaya raya duit boleh sponsor ramai lagi orang ke arah cintakan Al Quran sebab aku tak pandai baca berlagu apatah lagi banyak kena perbaiki tajwid. Dia pesan Al Quran ni indah Yu, semua boleh jatuh cinta bukan sekadar taranum ke tadarus, bagi orang macam aku maybe jatuh cinta sebab baca tafsir ayat suci ini.
Sedang kami bercerita dan tunggu makanan untuk mak, sekali tiba-tiba nampak Ustaz jalan belakang kami, aku pun tegur eh ustaz, kawan aku pun cakap ustaz tahniah bacaan power. Beliau senyum dengan vibe abah-abah terus kata “saya letih saya rehat sekejap ye berdiri kat sini, lenguh kaki ni”.
Aku tahu kawan aku mesti pemalu nak minta izin ambil gambar dari guru nya ini, aku berani kan diri minta izin ambil gambar boleh, alhamdulillah ustaz kata boleh. Selepas bergambar aku bagi Deqa untuk ustaz dan isterinya. Ustaz cakap minyak angin ke haaa elok rezeki kaki lenguh ni boleh guna.
Allahu.
Pendek kata rupanya orang baik-baik ni terutama guru, tak pernah pandang orang macam aku yang penuh dosa ni jahat. Asbab kebaikan mereka buatkan aku lagi semangat kerja lebih kuat moga setiap tahun dapat bantu anak-anak muda cintai Al Quran dan berjaya capai cita cita dunia akhirat. Dan baru aku tahu ramai juga anak-anak hafaz Al Quran ni dah jadi diplomat, doktor, bisnes dan engineer.
Power.
Sekali lagi tahniah Malaysia.
Dan tahniah semua peserta seluruh dunia untuk tahun ni MTHQA 64 memang hebat semuanya.
Alhamdulillah.
DEQA boleh didapatkan di www.deqahq.com