NAK GI JEPUN SEBAB HACHIKO

Jangan sampai mak pergi Jepun cari kau ye bertuah. Tak pasal-pasal mata bengkak jadinya ni. Arghhhhhh main perasaan lah awak ni cik bulus.

Hachikō adalah seekor anjing jenis Akita yang sangat terkenal di Jepun kerana kesetiaannya yang luar biasa terhadap tuannya. Kisah Hachikō bermula pada tahun 1923, apabila tuannya, seorang profesor universiti bernama Hidesaburō Ueno, membawa Hachikō ke Tokyo dan menetap di sana.

Setiap hari, Hachikō mengiringi tuannya ke Stesen Shibuya untuk menghantarnya bekerja, dan selepas itu Hachikō akan menunggu di stesen tersebut untuk menjemput tuannya pulang pada waktu petang.

Namun, pada tahun 1925, Profesor Ueno meninggal dunia secara tiba-tiba akibat stroke semasa bekerja. Meskipun tuannya sudah tiada, Hachikō terus datang ke Stesen Shibuya setiap hari pada waktu yang sama, menunggu tuannya selama hampir 10 tahun sehingga dia sendiri meninggal dunia pada tahun 1935 akibat both terminal cancer and a filaria infection.

Kisah kesetiaan Hachikō menyentuh hati banyak orang, dan dia menjadi simbol kesetiaan dan cinta tanpa syarat antara manusia dan haiwan.

Pada tahun 1934, sebuah patung Hachikō didirikan di Stesen Shibuya untuk mengenang jasa dan kesetiaannya. Patung ini masih wujud hingga kini dan menjadi salah satu tempat pertemuan yang paling popular di Tokyo. Hachikō terus dikenang sebagai contoh pengabdian yang tulus hati kepada tuannya.

Takda pun sila jadi macam mak kau ni dik, tengok filem acik hensem si Richard Gere tu berlakon tajuk Hachi A Dog’s Tale tahun 2009.

Sekian harap maklum.

Tak pasal-pasal esok kerja pakai cermin mata hitam dik. Hurmmmm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *