Mayu : “Ustazah Ina, Mayu nak tanya apa pahala boleh kita buat dalam masa kita yang singkat ni kan kak?”
Ustazah Ina : Mayu janganlah dik sedih sedih. Nah makan biskut lemak ni.
Perkenalan kami sejak tahun 2018 di dalam wad hospital apabila sama sama disahkan SLE yang telah melibatkan komplikasi kronik kat organ dalaman.
Waktu tu aku disahkan sakit kronik NPSLE yang komplikasi terkena kat bahagian otak, saraf, jantung,paru paru kiri dan darah. Ustazah pulak kena kat buah pinggang dan tulang belakang. So kami kena check in hospital lama lah jugak ceritanya.
Aku waktu tu masih bertugas sebagai doktor, kecewa sangat babe sebab sakit aku ni lambat didiagnosis, dan air muka aku pulak spesis tak leh tipu nak buat buat happy lagi bila dalam kepala otak ni tahu komplikasi masa panjang dan dijangkakan ketika itu usia semakin menghampiri tarikh luput, hampir hilang semangat hidup mayu kau ni dik.
Ustazah kata aku muka garang, aku pulak segan dengan Ustazah Ina sebab beliau berniqab. Aku ni siapa lah dik, banyak nau nau kekurangannya.
Don’t judge a books by it’s cover bak kata orang Australia.
Alhamdulillah ustazah sempoi orangnya ceria, kagum sungguh aku bila ustazah cakap beliau isteri dan ibu kepada 5 orang puteri yang sihat, baik, solehah hendaknya, time tu aku terus terdetik dalam hati insyaAllah aku masih mampu teruskan tanggungjawab sebagai wanita InsyaAllah dan akhirnya aku setuju nak start kemoterapi (IV cyclophosphamide) atas niat nak selamatkan rahim dan buah pinggang pada ketika itu.
Ustazah : Mayu, Allah sayang kita dik, sihat pun hadiah, sakit pun hadiah. Allah pandang usaha kita dik, mana tahu dalam usaha kita nak semangat balik ni, tiba tiba Tuhan ambil nyawa kembali, sebab kita usaha makan ubat, ikhtiar, mungkin kita boleh jumpa kat syurga dik. Akak tahu kau kuat Mayu. Buat jer apa kau suka dik, selagi ada kebaikan kat orang lain, itulah paling Tuhan suka.
Mayu : Terima kasih kak, bila Mayu lupa ingatkan Mayu ye kak Ina. Sedap pula biskut lemak cicah kopi ni kak, rasa Oreo.
Tersembur ustazah gelak dengar Mayu kau corner baik punya tak nak sedih sedih lagi.
Kadang kala kan babe, nasihat yang baik bukan terus boleh guna serta merta, tapi percayalah ambil, simpan dalam hati, nanti bila tiba masa boleh guna tau.
Aku maybe tak layak dengan apa apa plan takaful apatahlagi medical card sekarang ni, sebab orang dah sakit memang sukar nak carum apa apa kan, melainkan dalam tempoh tertentu ada plan terbaik untuk pesakit yang syarikat tawarkan.
Tapi kenapa aku sungguh sungguh nak buat kali ni?
Asbab aku dapat GM,UM dan team yang ajar aku pandang orang lain sebagai manusia yang ada perasaan paling penting jangan biarkan mereka lalui apa yang pernah aku lalui sebelum ni.
Rejection is Real.
Percayalah, selagi diberikan peluang, apa yang aku faham insyaallah aku cuba ceritakan kan korang ok. Bila ada budget nanti boleh jer cari Mayu, insyaallah kita duduk bersila bincang sama sama, izinkan Mayu bantu.
Duit bukan segalanya, namun apa rasanya bila kita dah takda lagi nanti, orang yang hargai kita ditinggalkan hidup terpaksa meminta minta kat sana sini dalam tempoh mereka struggle sedih nak teruskan hidup tanpa kita disisi?
Perit kan dik.
Selamat malam babe. Nanti sembang lagi ok.