SIESTA VS SLE ?

” Yu nak set meeting dengan kau pukul 2 hingga 5 petang boleh?”

Hurmmm macammana nak jawab ni.

Biasanya waktu ni tahap tenaga aku tengah berkurangan. Seperti kalian tahu aku adalah pesakit kronik Brain Sle so time tengahari tu memang mencabar. At least lepas solat zohor aku kena minum kopi atau tidur sekejap selepas makan ubat. So waktu “prep asrama” ni memang sel otak kurang berhubung sikit. Maka aku lebih pada aktiviti mendengar dan mengurangkan bercakap.

Pada mulanya aku ingat semua ni pelik. Ye lah mana mungkin orang faham. Zaman kerja hospital dulu mana boleh pilih waktu kerja sangat.

Tapi lepas pukul 5 petang aktif pula otak ni. Time tu lah aku boleh uruskan keluarga eh jauh sangat tu Yu. Aku cuba baca research paper dan dengar potcast, rupanya waktu 2 petang sehingga 5 petang memang disarankan untuk berehat.

Menarik kan!

Contohnya kat Sepanyol.

Waktu rehat siesta di Sepanyol biasanya berlangsung dari sekitar pukul 2 petang hingga 5 petang. Pada waktu ini, banyak kedai, pejabat, dan perniagaan akan ditutup sementara untuk memberikan kesempatan kepada orang ramai untuk berehat dan makan tengah hari. Tradisi ini sangat lazim terutamanya di bandar-bandar kecil dan di kawasan luar bandar.

Berikut adalah beberapa kebaikan amalan waktu rehat siesta di Sepanyol:

1. Meningkatkan produktiviti : Waktu rehat di tengah hari membantu mengurangkan keletihan, membolehkan pekerja kembali bekerja dengan tenaga yang diperbaharui dan lebih fokus.

2. Kesihatan mental : Rehat siesta memberikan peluang untuk relaksasi dan pengurangan tekanan, yang baik untuk kesihatan mental.

3. Kesihatan fizikal : Tidur sekejap selepas makan tengah hari dapat membantu pencernaan dan mengurangkan risiko masalah jantung.

4. Peningkatan mood : Tidur sekejap dapat meningkatkan mood dan kesejahteraan secara keseluruhan, menjadikan pekerja lebih gembira dan bermotivasi. Sebab tu usia mereka panjang.

5. Waktu bersama keluarga : Bagi sesetengah orang, siesta menyediakan peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga di rumah untuk memperkuat hubungan kekeluargaan. Amboi.

6. Adaptasi cuaca : Di kawasan yang panas, siesta membantu orang menghindari cuaca terik pada waktu siang, menjadikan kerja lebih selesa selepas rehat. So baguslah untuk orang sakit lupus ni tak boleh kena sinaran matahari.

Dengan adanya rehat siesta, masyarakat Sepanyol dapat mengekalkan gaya hidup yang seimbang dan sihat, di samping mengekalkan produktiviti kerja.

So gais yang sakit tu janganlah rasa diri tidak produktif. Mungkin kita ditakdirkan tersesat di salah negara dik. Eh pandai kita pujuk hati.

Moga korang terhibur ok.

Slow and steady. Its ok to start from zero. InsyaAllah ada rezeki jangan putus asa.

Sekian.

Itulah cerita hari ini oleh Mayu Sahat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *