SLE DAN TAKAFUL?

Beratus orang hari ni datang membawa seribu impian.

Kelas hari pertama memang dah menarik perhatian Mayu kau ni dik. Bermula dengan kaki aku kebas drive dalam jem siap tawaf dekat sejam cari parking. Biasalah tempat baru, brain lambat sikit nak hadam lokasi, nampak kiri aku masuk kanan maka itulah ceritanya.

Rezeki kali ni dapat parking asbab kakak jaga parking baik hati tengok sticker OKU kat kereta merah Mayu kau ni dik. Masuk kelas macam biasa kita cari port belakang dekat dengan pintu keluar mudah nak keluar masuk pi toilet.

Bila ada sesi soal jawab pasal underwriting, medical examination, medical attending report, isu mental health, isu kanak-kanak obesiti, isu panel klinik memang dari letih terus mata celik.

Kali ni aku rasa sangat berdosa. No wonder bos aku pernah bagi nasihat sikit lagi nak kena rotan, bila aku tak nak buat betul-betul pasal medical and finacial islamic advisor ni. Bukan tak nak sebenarnya, aku ni ikut peraturan tempat aku bekerja hakiki, lepas kementerian approve aku buat training HRDF dan medical financial advisor ni baru aku rasa senang hati nak bikin serius, dakwah terang-terangan katanya. Aku paling sensatif part isu berkah rezeki ni.

Kat sini peserta hampir semua bawa beg, pakaian branded. Kalau tengok segan lak, aku pun beg laptop tadi zip terkoyak hurmmm.

Tapi ada satu perkara buat aku rasa vibes peserta hari ni best. Walaupun dari pelbagai negeri, usia, latar belakang, semua hadir dengan satu niat nak bantu orang ramai betapa pentingnya kesihatan dan perancangan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga. Yang penting sumber patuh syariah dikawal oleh bank negara.

Hurmmm betul kata orang lama, tak kenal maka tak cinta. Allah Tuhan Maha Bijaksana, semua ketentuanNya pasti ada kebaikan untuk kita rupanya.

Ni kalau tak pandai lagi tak tahu ler Yu. Bos tak rotan, silap haribulan aku sebat diri sendiri guna hanger kan kan.

Korang doakan ye babe. Mana tahu one day aku boleh kawtim dengan depa untuk bagi coverage khas untuk pesakit lupus, kronik brain SLE dan sewaktu dengannya. Kan kan mana tahu.

Ok lah esok kita sembang lagi ok apa agaknya cerita best ek.

Seperti itulah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *