Pagi tadi punya cerita.
“Yu dulu stewardess ke?”
“Tak puan. Saya orang biasa je. Mak mak vibe.”
“No lah mak mak vibe, there is difference, Yu buat orang selesa be their self lah near Yu, macam sudah lama kenal”
MasyaAllah Tabarakallah. Tiba tiba Mayu kau berangan tarik beg berkebaya di awan biru. Tapi sudah terlambat dik, kaki akak tak kuat dik, silap hari bulan aku pula suruh passenger angkatkan beg aku.
Gituh.
Dulu ye satu ketika dahulu,
Aku pernah rasa jatuh sangat bila apa aku buat macam takda function pun untuk orang sekeliling, aku tak wujud walaupun ada. Amboi dramatik sangat.
Aku pernah rasa sakit sangat hati bila belum sempat aku meluahkan rasa sakit tiba tiba kena tembak dengan cerita ada orang lain lagi susah lah, terus mak diam dik.
Aku pernah rasa susah nak percaya orang bila kata sesi hati ke hati ni privasi sekali ada mata ketiga tiba tiba masuk campur sambil makan kerepek dengan selambanya menyelit ketika perbincangan tertutup sedang berlangsung, terus potong stim mak nak cakap dik.
Aku pernah rasa dipandang hina bila kita tak mampu, majlis happy happy kita tak dijemput pun. Ermmm.
Dulu lah semua itu dulu.
Sekarang aku pilih untuk berubah perbaiki diri aku yang dulu.
Maka sekarang ni punya cerita ada upgrade sikit dik.
So kerana kisah pengalaman kita lalui, buat aku sedar, aku nak orang rasa “Mayu is Home” dimana mereka selesa jadi diri sendiri bila aku ada depan mereka. Safe home mesti ada ada pagar, ada air, ada api, ada longkang, ada pintu, dan kita sendiri pilih “home” apa kita nak dan siapa penghuni dalam “home” tu. Most important things is Primum non nocere means “first, do no harm”.
Macam aku sekarang, pukul 1 pagi babe bercakap dengan pokok sambil baring baring fefeling nak siapkan presentation module esok pagi. Kalau tak pandai lagi tak tahu lah Yu, kau ni pun, biasaaa diaaa.
Syukurlah gais bila orang bagi kita penghargaan as “Home”. Bak kata seorang yang bagi tips dalam perhubungan halal jangka panjang yang berbunyi “Don’t look for fire cracker, look for fireplace”.
Jangan kau tanya kenapa pokok ulam tepi meja kerja, senang bila aku buntu dipetiknya ulam buat kunyah kunyah dik hahaha, dengar boleh percaya jangan. Gurau dik jangan serius sangat. Awak ni punnnn.
Ok nanti sembang lagi dengan Mayu Sahat.