Ahh sudah mak yang mengandung, ayah yang muntah-muntah ek. Dulu ingatkan zaman mak-mak jer jadi gini. Rupanya memang sampai sekarang ada lagi.
Jangan main-main doa wanita mengandung ni lain macam. Tapi sweet gak suami yang rasa pembawakan anak dalam perut ek.
Couvade syndrome, atau sindrom Couvade, merujuk kepada keadaan di mana seorang lelaki mengalami simptom fizikal dan emosi yang mirip dengan yang dialami oleh pasangan mereka yang sedang hamil. Ini boleh termasuk loya, perubahan selera makan, dan kesakitan perut. Keadaan ini sering kali dikaitkan dengan rasa empati dan sokongan terhadap pasangan yang hamil.
Tanda-tanda Couvade Syndrome adalah :
1. Loya dan muntah,mirip dengan simptom awal kehamilan.
2. Sakit perut atau kembung.
3. Perubahan selera makan sama ada peningkatan atau penurunan selera.
4. Keletihan rasa lelah yang berlebihan.
5. Perubahan emosi mungkin merasa lebih cemas atau tertekan.
6. Sakit kepala termasuk ketegangan atau sakit kepala yang kerap.
7. Peningkatan berat badan, beberapa lelaki mungkin mengalami peningkatan berat badan semasa pasangan mereka hamil.
Rawatan Couvade Syndrome yang dicadangkan adalah dengan membantu suami isteri memahami sindrom ini dan mengakui perasaan yang dialami. Jangan diejek, cuba bawa berbincang dengan pasangan atau kaunselor untuk mengatasi perasaan cemas.Amalkan makan dengan seimbang, bersenam, dan tidur yang cukup. Teknik pengurusan stress seperti solat, meditasi atau yoga untuk mengurangkan tekanan sangat membantu.Jika simptom menjadi serius, berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Sindrom ini biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan formal, tetapi perhatian terhadap kesihatan mental dan fizikal adalah penting.
Nak mudah guna Deqa pun boleh dik ada ni kat sini :
https://deqahq.onpay.my/order/form/deqawellness
Seperti itulah kisahnya.