Manusia sering lupa! Iya itulah aku.
Tadi on the way drive, Allah hadiahkan ujian, punyalah syahdu memandu sambil ditemani hujan. Eh tak boleh jadi ni. Aku terus parking tepi jalan dan Allah gerakkan aku call guru untuk minta second opinion.
Simple tapi deep.
“Yu tarik nafas, jangan jawab atau reply apa-apa, drive tenang-tenang doa musafir Allah angkat Yu. Istighfar banyak-banyak hingga hati kau lega. Selawat dik. Buka radio kuat-kuat, kalau boleh ayat-ayat Al-Quran. Minta kat Allah Yu. Minta kat Allah. Manusia hanya makhluk anggap ujian ni hadiah Tuhan. Drive elok-elok Yu” pesan guru berniaga aku Madam Yatt.
Hujan kat luar makin lebat sama lebat hujan kat dalam kereta ni. Bismillah buat je apa disuruh.
Ok then sampai area Cyberjaya selepas beberapa jam. Hari masih mendung. Mak angkat aku mesej ok ke tu katanya.
Ok aku call sebab nak minta selitkan doa. Mak ngah pesan simple lagi deep.
“Nak pergi solat, pergi doa dalam sujud sungguh-sungguh, meraung puas-puas, pergi masjid Yu, pergi solat nak. Mak kenal kau dari umur kau 13 tahun Yu, sejak mak kandung kau dah takda, mak kenal sangat dengan kau Yu. Sabar Yu. Mak takda duit banyak nak bagi kat kau Yu, mak doakan kau nak, sujud Yu pergi masjid, jangan balik rumah terus, minta kat Allah Yu. Mak tahu kau kuat, ada rezeki kau nanti nak. Minta kat Allah. Pergi masjid tau” itu pesan dia.
Alhamdulillah semakin aku memilih untuk hijrah, memilih dengan siapa aku perlu rujuk ilmu, semakin ramai orang-orang ikhlas baik mendekati.
Mereka tak panaskan aku untuk calarkan kereta ke, pecahkan tingkap ke, melawan bercakap ke bila diuji sebegini. Yang mereka pesan, move on dan ingat Allah.
“Kak, apa pun jadi yang lepas semua tu lepas, apa yang aku nak kau sedar kak, siapa ada depan kita sekarang, ingat apa kau buat semua untuk dunia sana kan, aku tahu kau boleh hadap kak Ayu.” pesan member aku semalam sambil kami tengok filem tamil kat netflix sambil lipat baju hurmmm mak-mak dah kami sekarang ni
Ampun Ya Allah, aku lama sangat tak singgah ke sini. Ampun kan kami Ya Allah. Rumah mu paling tenang.
Moga sedih atau gembira, ni tempat kita tuju dulu ye Yu. Ingat tu.