TERAPI WUDUK DAN SLE

Kenapa bila kita marah atau stress atau sedih disarankan basuh muka dengan air sejuk?

Mari sini Mayu cerita.

Bila air kena pada wajah kita ni namanya diving reflex. Lagi nak senang faham kita anggap terapi wuduk. Ok jom sembang.

Diving reflex adalah mekanisme semula jadi yang berlaku dalam tubuh manusia ketika muka terendam dalam air sejuk, terutama apabila terdedah kepada air di kawasan hidung dan mulut. Mekanisme ini menyebabkan beberapa tindak balas fisiologi termasuk mengurangkan stress melampau.

Bila emosi kita marah ke sedih jantung mesti bergerak laju. So bila wajah kita yang hensem ni kena air ianya dapat mengurangkan kadar degupan jantung (Bradycardia), membantu pengaliran darah ke organ penting seperti jantung dan otak lebih lancar untuk memastikan mereka mendapat oksigen yang cukup.

Proses ini membantu mengekalkan oksigen untuk organ-organ penting dan mengurangkan kadar penggunaan oksigen keseluruhan tubuh.

Manakala terapi wuduk melalui beberapa kajian terkini menunjukkan bahawa amalan wuduk, yang melibatkan pembasuhan muka, tangan, dan kaki dengan air, dapat mempengaruhi sistem saraf parasimpatik secara ringan, menyebabkan rasa tenang, relaks dan mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Saraf di muka seperti saraf trigeminal, menghantar maklumat sensori dari wajah ke otak, termasuk sentuhan, sakit, dan suhu. Saraf ini juga terlibat dalam pergerakan otot-otot wajah, yang penting untuk ekspresi muka dan fungsi mengunyah.Kerosakan pada saraf ini boleh menyebabkan kesakitan wajah, kehilangan sensasi, atau masalah dengan fungsi otot wajah.

Saraf di tangan hingga siku terdiri dari saraf median, ulnar, dan radial ketika kita membasuh untuk wuduk. Saraf median mengawal pergerakan dan sensasi di bahagian tapak tangan dan beberapa jari. Saraf ulnar terlibat dalam pergerakan jari dan sensasi pada bahagian sisi tangan. Saraf radial mengawal pergerakan lengan dan tangan serta sensasi pada bahagian belakang tangan.Kerosakan atau gangguan saraf ini boleh menyebabkan kesakitan, kebas, atau kelemahan pada tangan dan lengan, mempengaruhi keupayaan untuk melakukan aktiviti harian.

Saraf di kepala terdiri dari 12 cranial nerves.Terdapat beberapa saraf cranial yang mengawal fungsi penting seperti penglihatan, pendengaran, dan bau. Mereka juga mengawal pergerakan mata, lidah, dan otot muka.Masalah dengan saraf ini boleh menyebabkan gangguan dalam penglihatan, pendengaran, dan kemampuan bercakap serta keseimbangan.

Saraf pada tapak kaki hingga buku lali dipanggil saraf tibial dan fibular.Saraf tibial mengawal pergerakan kaki dan jari kaki serta sensasi pada bahagian bawah kaki. Saraf fibular mengawal otot-otot di bahagian luar kaki dan membantu dalam pergerakan serta sensasi di bahagian atas kaki dan jari kaki.Kerosakan pada saraf ini boleh menyebabkan kesakitan, kebas, atau kelemahan pada kaki, mempengaruhi berjalan dan keseimbangan.

So babe itulah ceritanya. Kalau nak lagi best mandi dalam hujan, boleh buat video klip sekali, lagipun menangis time mandi kan best, orang tak nampak kan kan.

Siapa macam ni angkat tangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *