TERUS YU TERUSKAN

Hari ni nak rehat, nak tidur lama-lama.

Itu baru berniat ler tadi. Sekali tengok handphone dapat mesej ni. Terus melompat Mayu kau dik dari katil ke meja office.

Selalu aku berfikir, ada kan orang kaya yang memberi tapi senyap jer. Samada mereka terkenal atau tidak. Aku pernah tanya apa rahsia mereka duit berkepuk tapi tetap chill chill jeans tshirt bila nak bersedekah, terus bagi.

Selalu gak aku berfikir ada orang kaya dengan menderma bukan duit tapi kasih sayang, pergi rumah dia kita pasti tak lapar, perhatian mereka rai kan tetamu memang level rasa nak datang sebab hormat, sebab sayang, sebab rasa macam “mak abah” punya layanan mengalukan kepulangan anak.

Guru aku pesan tadi katanya, orang yang memberi ni sebab dia pernah rasa tiada Yu. Rasa dalam hati dan pengalaman tu jika dibaluti dengan iman dan akal, itu lebih baik Yu. Itu erti kekayaan sebenar.

So macammana nak kaya?

Disaat kita diuji, kita diperlekehkan ke, kita diperli, maka disaat itu juga kita kena terus dan jalan terus dik. Lagi besar cabaran, lagi manis kejayaan didepan dik.

Ingat Allah bersihkan circle kita, Allah nak hadiahkan lebih baik lebih kualiti lebih membina.

Chaiyok Yu chaiyok.

“If I stop, I will never be good”.

May be an image of piano and text

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *