Kenali
Dr. Mayu Sahat
Pengenalan
Dr. Mayu Sahat, adalah nama pena bagi Nurhidayu Binti Sahat, yang berlatar belakang dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan (BMS) dan Ijazah Sarjana dalam Perubatan dan Pembedahan (MBBS), MSU Malaysia. Beliau pernah bertugas sebagai seorang doktor di hospital awam pada tahun 2015 sebelum disahkan pemegang kad OKU Fizikal akibat komplikasi menghidap penyakit kronik Brain SLE (Lupus Eritematosus Sistemik) dan borderline leukaemia sejak tahun 2018.
Dr. Mayu Sahat kini memainkan peranan yang serba boleh sebagai seorang pembangkit semangat dan Jurulatih Bertauliah HRDF (No. ID 18080). Walaupun menghadapi cabaran fizikal, beliau terus memberi inspirasi melalui daya ketahanan dan keazamannya. Beliau merupakan individu OKU (Orang Kurang Upaya) fizikal disebabkan oleh Kronik Brain SLE (Lupus Eritematosus Sistemik) dengan kerosakan otak yang kekal dan pelbagai kerosakan organ dan borderline leukemia kanser.
Latar Belakang
Beliau juga pernah meraih gelaran Naib Juara dalam pertandingan Pencarian Wanita Melayu 2015 dan telah aktif sebagai model catwalk sejak berusia 16 tahun.
Selain itu, beliau merupakan seorang usahawan dan pengasas Deqa HQ Solution. DEQA HEAL, yang dirumus dengan formulasi tersendiri, adalah produk Essential Oil yang pernah beliau gunakan semasa menjalani kemoterapi. Hal ini mencerminkan komitmen beliau dalam memberikan impak positif kepada masyarakat.
Kini, beliau aktif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan kewangan dan takaful sebagai langkah persediaan sebelum berdepan dengan penyakit kritikal.
Dr. Mayu juga seorang penulis dan vlogger yang produktif, berkongsi pengalaman serta pandangan beliau bagi memberi manfaat kepada orang ramai.
DR IDAYU (MAYU SAHAT)
Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan (BMS) dan
Ijazah Sarjana dalam Perubatan dan Pembedahan (MBBS)
FOUNDER
DEQA HQ SOLUTION
“SELAGI BERNAFAS, KITA MASIH ADA PELUANG UNTUK BERJAYA ATAS IZIN TUHAN”
Membantu lebih ramai individu mencapai kesihatan, kesejahteraan dan kestabilan kewangan walaupun dalam cabaran hidup.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.” (HR Ahmad)
Copyright reserved | www.mayusahat.com