Program

Kestabilan Kewangan

Usahawan & Individu Yang Mahu Kestabilan Kewangan

Rasulullah SAW bersabda: “Tinggalkanlah anak dan isteri kamu dalam keadaan cukup, itu lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.” (HR Bukhari)

Saya pernah melihat ramai pesakit kronik yang akhirnya kehilangan segalanya—pendapatan, rumah, dan kestabilan hidup—kerana tidak mempunyai pelan kewangan yang kukuh. Itulah sebabnya saya memilih untuk membantu individu membina perlindungan kewangan yang sesuai dengan keadaan mereka.

 MODUL 4: Perancangan Kewangan & Perlindungan Masa Depan. 

Strategi Perlindungan Berdasarkan Pendapatan :

 Golongan Berpendapatan RM3,500 Ke Bawah 

Konsep Perlindungan Meningkat Mengikut Keperluan

Kenapa Pelan Ni Berbaloi?

Perlindungan fleksibel yang boleh bertambah ikut keperluan.

Kenapa benda ni penting?

Sebab dalam hidup kita, keperluan berubah. Dari bujang, kahwin, ada anak, beli rumah—setiap fasa perlukan perlindungan lebih tinggi. Dengan sistem ini, perlindungan meningkat seiring dengan peningkatan tanggungjawab kewangan.

Hibah takaful yang dapat membantu waris tanpa perlu lalui faraid.

Apa kelebihan hibah takaful?

• Duit tu tidak beku dalam harta pusaka. Waris tak perlu melalui faraid atau perlu tunggu lama untuk tuntutan.
• Tidak boleh dituntut oleh pemiutang jika si mati ada hutang lain (selagi ia dinyatakan sebagai hibah).
• Waris boleh gunakan duit ini untuk teruskan kehidupan, bayar komitmen, atau sebagai dana pendidikan anak.

Simpanan jangka panjang untuk dana pendidikan atau kegunaan lain.

Dana Pendidikan Anak.

Pada tahun ke-20, Tuan A boleh keluarkan duit dari Akaun Unit Peserta (PUA) untuk biaya pendidikan anak. Ini sebab pelan ini ada elemen simpanan dan pelaburan yang boleh berkembang dalam jangka panjang. Ini boleh dijadikan backup untuk tabung pendidikan tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada simpanan sendiri.

Perlindungan penyakit kritikal untuk bantu kos rawatan.

Manfaat Penyakit Kritikal (Critical Illness Rider)

Perlindungan ini bukan sekadar untuk kematian, tapi juga kalau pemegang sijil kena penyakit kritikal.
Ada dua jenis rider yang boleh ditambah:

i-Additional Lifetime Critical Illness Term Rider

Perlindungan sehingga 5x ganda jumlah perlindungan asas . Tuntutan tidak mengurangkan perlindungan asas.

i-Lifetime Critical Illness Term Rider

Perlindungan sehingga jumlah perlindungan asas, yang mana lebih rendah. Bila buat tuntutan, jumlah perlindungan asas akan berkurang.

Pengantian Pendapatan akibat Sakit Kritikal.
Plan ni ialah pelan takaful yang menyediakan perlindungan penyakit kritikal sepanjang hayat melalui dua rider utama:

i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider

Memberikan pampasan jika didiagnosis dengan penyakit kritikal. Boleh dituntut berulang kali sepanjang hayat sehingga had perlindungan maksimum dicapai.

i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider

Memberikan perlindungan untuk penyakit kritikal peringkat awal, sebelum ia menjadi lebih serius.Bantu peserta dapat rawatan lebih awal tanpa beban kewangan.

Apa yang dilindungi?

Kenapa rider ni penting?
Kalau sakit kritikal, mungkin kita tak boleh bekerja lama. Dengan manfaat ni, pemegang sijil ada duit untuk tampung kos rawatan dan keperluan hidup tanpa perlu ganggu simpanan atau jual aset.

Strategi Perlindungan Berdasarkan Pendapatan :

 Golongan Berpendapatan RM5,000 Ke Atas 

Instrumen Simpanan/Pelaburan di Malaysia menunjukkan pilihan yang biasa digunakan rakyat Malaysia untuk menyimpan atau melabur wang mereka.

ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Simpanan yang memberikan pulangan dividen tahunan.

Mutual Funds

Pelaburan dalam dana unit amanah yang diuruskan oleh syarikat pelaburan.

Tabung Haji

Simpanan dan pelaburan berasaskan syariah khas untuk umat Islam.

Gold (Emas)

Simpanan dalam bentuk emas sebagai aset perlindungan nilai.

Fixed Deposit (Simpanan Tetap)

Simpanan dengan kadar faedah tetap untuk tempoh tertentu.

6. Real Estate Investment Trust (REITs)

Pelaburan dalam hartanah yang dikendalikan secara profesional.

Common Stock (Saham Biasa)

Pelaburan dalam pasaran saham untuk potensi keuntungan melalui kenaikan harga saham dan dividen.

Takaful??

Ramai orang masih mengalami kekeliruan atau kurang kesedaran tentang peranan takaful sebagai satu instrumen kewangan penting.

Ramai orang tahu tentang pelaburan konvensional, tetapi kurang sedar tentang takaful sebagai alat kewangan untuk perlindungan dan pelaburan.

Perlu ada kesedaran bahawa takaful bukan sekadar perlindungan, tetapi juga boleh menjadi instrumen simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Keperluan Kewangan Masyarakat menunjukkan keutamaan kewangan rakyat Malaysia berdasarkan statistik:

1. Ramai orang menyimpan untuk masa tua agar kehidupan lebih selesa.
SIMPANAN PERSARAAN 39%
2. Keutamaan kedua ialah memastikan pendidikan anak-anak terjamin.
PENDIDIKAN ANAK 38%
3. Mereka ingin melabur untuk melindungi nilai wang daripada inflasi dan meningkatkan kekayaan.
PELABURAN 36%
4. Ada juga yang menyimpan untuk memulakan perniagaan atau meningkatkan gaya hidup.
PROJEK PERNIAGAAN 23%

Ramai orang sedar tentang kepentingan menyimpan dan melabur, tetapi adakah mereka betul-betul ada perlindungan yang kukuh?
Takaful boleh menjadi penyelesaian untuk melindungi simpanan dan pelaburan daripada risiko kewangan seperti penyakit, kemalangan, atau kematian.

Tanpa perlindungan, pelan simpanan boleh terganggu jika berlaku musibah.
Pelaburan tanpa perlindungan ibarat bina rumah tanpa bumbung – nampak kukuh, tapi bila hujan turun, basah juga!

Produk dari Great Eastern Takaful, yang menggabungkan perlindungan dan simpanan/pelaburan.

1. Key Protection (Perlindungan Utama)

2. Investment & Savings (Pelaburan & Simpanan)

Investment Booster

% tertentu daripada sumbangan asas tahunan diberikan setiap tahun.

Maturity Booster

% tertentu daripada sumbangan asas tahunan diberikan sebagai tambahan apabila sijil matang.

“Dana yang sesuai bergantung kepada matlamat kewangan dan tahap keselesaan risiko masing-masing. Takaful ni bukan sekadar perlindungan, tapi juga peluang untuk kembangkan duit secara patuh Shariah.”

3. Attachable Riders (Rider Tambahan yang Boleh Dimasukkan)

4. Flexibility (Fleksibiliti Pelan)

5. Options (Pilihan Tambahan dalam Pelan Ini)

 Kesimpulan: 
Pelan ini sesuai untuk individu yang mahukan perlindungan hayat dan pelaburan dalam satu sijil. Ia fleksibel, ada bonus pelaburan, dan boleh disesuaikan dengan keperluan kewangan seperti hibah, waqaf, dan penyelesaian hutang.

Copyright reserved    |    www.mayusahat.com